Monday, July 26, 2010

Alhamdulillah...setelah seminggu selsema & batuk2,akhirnya sembuh sudahhh. Batuknya dah la teruk2,sian baby. Pergi klinik pun doctor xmo bagi ubat batuk sebab pregnant. So terpaksa la menahan,minum air suam & makan strepsils tapi tu pun tak sure boleh tak. Harap2 tak memudaratkan baby.

21st haritu buat 2nd check-up. Baby dah besar! Cepat gila. Dah penuh dah ruang kat perot. Baby sihat je but mummynya kurang darah. ???? Normal rate is 13 but mine was 10. Bahaya kot. So kenala makan iron tablet & salah satu cara yang cepat ialah makan kerang. Euwww...i don't like kerang. Tapi tengokla for the sake of the baby akan ku telan jugak nnti.

Bila berbual dgn org blm kawen,mereka sememangnya takkan fhm bila kita ckp kawen ni dugaannya byk.kene byk2 brsabar. Dah cerita pn mcm endah tak endah gitu. Kalo time aku dulu,b4 nk kawen,uish mcm2 yg aku duk pk. Mostly psl tanggungjwb isteri pd suami. Baru pk kn hal itu je, dh takot gila. Bkn apa, masa tu asik pk dosa aje. Sikit aje salah, dah boleh mendtgkn dosa. Itu je dah kene membuatkan isteri itu seorg yg penyabar. Blm lg campur dugaan2 yg lain. Betapa besarnya ujian Allah itu. Betapa byk kesabaran kene ada. Time blm kawen jugak yg paling menakutkan ialah takut tak larat menunaikan tanggungjwb sebagai isteri sepenuhnya. Mcm2 nak kene buat. Tapi bila dah kawen ni, Alhamdulillah setakat ni semuanya dpt dibuat. Kalo ada yg tak mampu tu selamat encik suami memahami & nak2 time tgh pregnant ni selamat dia fhm kalo i ckp tak larat nk msk/nk tido/apa2 jela. Yg paling happy ialah bila dh kawen ni senang je nk buat pahala. Bkn nk bandingkn dgn dulu cuma nk ckp senangnya nk buat sesuatu tu yg blh mendtgkn pahala.

                              Sabda Nabi SAW, maksudnya; " Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana yang ia sukai" - ( Riwayat At Tabrani).

Sesungguhnya mulianya seseorang wanita itu bukan kerana banyak membuat jasa dan terkenal di seluruh dunia, tetapi kerana sifat lemah-lembut dan penyayang serta menjaga maruah dirinya dan berjasa kepada suami dan anak2. Juga mulia mereka bukan kerana pintar akal,menghasilkan pelbagai teori dan falsafah serta menjadi perancang dan pengatur dunia, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongan yang taat dan menyenang dan meredhakan hati suami. Berharganya mereka bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek, tetapi kerana kecantikan dan keindahan akhlak mereka.

But of course dalam senang2 tu akan ada cabaran dan dugaan. Kadang2 tu lupa. Jadi kenelah sentiasa beringat & bersabar.....

1 comment:

otiehdan said...

sarah! wishing you the best of health, may the baby bloom as perfect it may be, maut lama gile tak dgr citer. apa khabar johore? RINDU