Perut skang dah makin bulat. Like omg, tak pernah bulat mcm gini. Tepi-tepi perut dah makin membulat. Seluar pun dah tak muat. So kena tukar pakai maternity punya seluar. Selesa gila! Dalam berapa bulan je berat dah naik 7kg dan akan sentiasa gain weight. So bayangkanlah kalo nak berjalan lama-lama tu dah tak larat lagi dah. Diri lama pun dah tak blh. Haritu berjalan kat midvalley, beli groceries je kot balik umah dah bisa-bisa kaki. BISA okay! For TWO days! Patu tgh berjalan tu blh pula kaki cramp. Oh ya makin teruk sbb subuh tu msk kan pian for sahur and then berkemas maybe sbb tu kot jd teruk. Malam semalam urut-urut kaki dgn minyak kapak barulah lega sikit. Kalo dulu sakit kaki blh sapu yoko-yoko, ni pregnant manalah blh guna benda tu. =/ Lepas urut barulah blh berdiri mcm biasa. Kalo tak nak berjalan pun susah rasa mcm pijak duri.
Darah makin kurang. Dah 3 kali check makin kurang. So makinlah tak blh nk puasa and kena jaga makan. Kena byk makan makanan yg byk iron and Vit C. Mintak-mintak baby ok. Risau gila. Muntah-muntah pun dah kurang.
Tahun ni 1st time tak prepare baju raya awal. Lagi brp hr je lg nk raya ni. Baju takde lg. Pening nak cari baju apa sbb cannot wear baju kurung. Maybe akan bli jubah tapi setakat ni tak jumpa lg yg berkenan.
Oh ya, skang dah dpt rasa dh baby tendang2. hehe. Malam2 dia sgt aktif. Siang diam aje. Kdng2 dia keras and bila dia keras mesti i risau sbb takut dia apa2. But i heard that it's normal. Bila dia keras, i blh dpt tau position dia kat mana sbb time tu perut mcm timbul sket and dpt rasa keras tu kat mana. Dia suka duk seblah kanan. Hm...maybe selesa kot kat situ. hihi. Yang penting, jgn sakitkan mama ye. For now, yang paling tak best bila i tak blh nak buat semua benda yg i nak buat mcm selalu:-
- meniarap (dulu kat atas katil suka meniarap.now dah tak selesa)
- brjalan/diri wat keje. Kejap2 kena duduk rehatkan kaki
To my dear baby, your mama & papa really can't wait to meet you!


No comments:
Post a Comment